22 Februari 2009

Nak bb girl ke bb boy

Bila tengok member-member seangkatan dah menambah bilangan pewaris ni..hati pun ada jugak teringin..tapi belum dikurniakan lagi olehNYA. Tapi dah buat kajianlah jugak untuk tujuan tersebut. Ilmu yang ade ni nak jugak dikongsikan..manela tahu ada pasangan yang mempunyai tujuan same macam aku...

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman 'Kesuburan dan Kemandulan'.3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses 'layering', atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.Merancang anak perempuanKaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya.

Untuk mencuba anak perempuan Ikutilah garis panduan berikut;1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman 'Kesuburan dan Kemandulan'3. Melakukan 'douching' dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

-seri kasih-

4 Februari 2009

PERAK BALIK KE ASAL


Lani tengah heboh pasai kerajaan negeri perak.aku pun tumpang seronok gak kalau betul pucuk pimpinan nye balik ke asal. Secara tak langsung tak lah rase macam duduk kat negeri orang. Dalam tempoh 10 bulan ni, aku rase macam menumpang kat tanah Orang. Bukak je pintu Orang Deme, Pegi je jabatan lain… Orang deme.. Pegi Super market.. lagi la….. Takut wei.. deme tengok kite macam nak telan je. Memang le MB nye orang kite.. tapi kiri kanan…. Orang kate takkan lah MB tu bodoh… aku respect dia , orang kate dia baik… tak nafikan… tapi tulah ….. orang-orang disekelilingnya… Kalaulah dulu dia dengar cakap Mantan MB supaye gabung dengan kite kan elok. Insyaalah tak jadi macam ni…
Aku harap lepasni sesape yang jadi MB Perak biarlah yang cukup syaratnya. Mana yang baik kite ikut.. x semua orang Pas tu tak baik…Jadilah MB yang pandang kepentingan rakyat. Jangan dok ikut dan dengar je orang kanan dan kiri cakap. Tengok dan turun sendiri ape yang terjadi pada rakyat.Aku tengok rakyat skrang ni x suke tengok wakil rakyat atau MB yang belagak. Depe suke orang yang low frofile jer.Pegi mane2 tak bawa pengiring… Mungkin cara macam tu kite boleh ikut. Kite belum boleh selesa dengan keadaan sekarang. Sebab kite menang mejoriti aje. Kene usaha kuat untuk 4 tahun lagi….. Pade semua Orang UMNO aku harap jangan mendabik dada dengan ape yang terjadi…sekaranglah masenye untuk kite buktikan dan dan nak tarik balik pengundi kite… jangan pinggirkan orang-orang yang membangkang kite dulu, sebaliknya kite pujuk diorang….. supaye pisang x bebuah dua kali….
Maaf lah kepada yang terasa aku hanya meluah ape yang aku rase aje.

KENAL X SAPENI

Erdi Haffis... ingat lagi x.... comel x anak dia.Yang didukungnye tu puteri sulongnye sebaye dengan putera aku..namenye dekat sama macam macam nama aku"WAWA" tapi name betulnye Najwa. BB baru coming soon, wife dia tengah alah. depe ni suami isteri keje hospital Ipoh. padan beno latu..... sebenarnye edi ni dah jadi sepupu aku.. secara tak langsung selalula jumpe dia. Gambar ni aku amik mase adik ipar aku kawin tahun lepas.
Bile tengok kawan-kawan lame dah ada kehidupan yang baik nih.. seronok sebenarnya.. tapi walaupun dah 28 tahun.. aku rase macam x percaye je.. yang kite semua nih dah tue...heeee...anak pun dah nak sekolah..... semoga kebahagiaan ini akan terus dinikmati hingga ke akhir hayat....

SESUATU YANG BARU...

Sesuatu yang baru...... bagi aku pada hari ini adalah melangkah setapak lagi keruangan ini.. belum mahir lagi, almaklumlah belajar x bercekgu... bende2 nih aku main tekan je..


bile tengok kengkawan menulis dan mengarang dalam ruangan ini, timbul plak rase teringin..


bukan ape.. aku suke bile kat sini dapat tengok kehidupan kengkawan sekolah dulu. kalau x macam nih mungkin masing-masing dah lupe zaman sekolah dulu. sedar x sedar dah 12 tahun meninggalkan zaman tu... walau aku reti macamane pun....mesti cube sesuatu yang baru... barulah seronok hidup ini....chayoq chayok !!!